twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday 26 June 2011

Buat Blog Percuma Dengan Blogspot

Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!


Friday 17 June 2011

Rahsia 8 Jutawan Malaysia


Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"
Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Mentor Jutawan Malaysia!
Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Tuesday 14 June 2011

February 24, 2011 Slideshow

February 24, 2011 Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ February 24, 2011 Slideshow ★ to Kuala Lumpur. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
PANTUN UNTUK MURIDKU
Dinihari memancing ikan
Ikan dipancing berumpan ketam
Ilmu penting dalam kehidupan
Bagai pelita menyuluh kelam

APLIKASI KOMPUTER PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN


APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN  DALAM PELAKSANAAN

Yahya Othman, PhD, Roselan Baki, PhD Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang


ABSTRAK

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran  bahasa  mampu  mempengaruhi  keberkesanan pengajaran guru dan  penguasaan kemahiran bahasa pelajar.       Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang   dihadapi.   Maka   kajian   secara   tinjauan   ini   meneliti   tahap   dan   kekangan   dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer.  Di samping itu, kajian juga mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian.  Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas.                        Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan  pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

PENGENALAN

Dalam  memperkatakan  teknologi  dalam  pendidikan,  Grove  et  al.  (2004)  menyatakan  nilai teknologi  di  dalam  bilik  darjah  telah  menimbulkan  isu  dan  perdebatan  dalam  kalangan ahli teknologi pendidikan.  Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003).   Justifikasi ini timbul di dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui keberkesanannya (Cuban, 2001).  Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi.

Dalam hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan teknologi dan sebab mereka menggunakannya.                                                  Mereka juga memfokuskan peranan utama pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu yang  sering  dikaitkan  dalam  pengajaran  menggunakan  komputer.                                       Stallard  (1998)  dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian  kursus, sikap guru, pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995).

Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).  Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap  boleh  mengganggu  keberkesanan  pengajaran  .                                                                                                Masalah  tersebut  termasuklah penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis.  Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.

Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi.                                   Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah   persepsi   pelajar   terhadap   pembelajaran   BM.   Guru   BM   sebagai   pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer.  Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar.

Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan  komputer,  tahap  penguasaan  komputer,  kursus  yang  dihadiri,  masalah  yang dihadapi dan penyelesaiannya.

Objektif kajian

1.      Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer.

2.      Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru BM.

3.      Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran BM.

4.      Mengkaji  masalah  yang  dihadapi  oleh  guru  BM  dalam  mengaplikasikan  komputer dalam pengajaran.
Kaedah kajian

Kajian dilaksanakan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.  Sebanyak 87 guru BM dijadikan sampel kajian ini yang meliputi guru BM yang mengajar di beberapa buah sekolah di Selangor.   Sampel kajian dipilih secara rawak.   Soal selidik digunakan untuk mendapatkan data berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam pengajaran BM. Item dalam soal selidik  meliputi  pandangan  terhadap  pengajaran  bahasa  berbantukan  komputer,  latihan  dan tahap penguasaan, pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar, kekangan  dalam  pelaksanaan  dan  cara  mengatasi  masalah  tersebut.    Data  yang  diperoleh dianalisis dengan menggunakan SPSS dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min.

DAPATAN KAJIAN

Konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)

Sebagai guru BM, mereka sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer di dalam bilik darjah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati  sampel kajian menunjukkan pemahaman yang pelbagai terhadap konsep PBBK.